Friday, January 16, 2009

save gaza

ﺃﺳﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah…

Hai…penat betul hari ini ye… baru lepas balik dri klinik (ade wat medial check-up). Masuk semalam, rakyat Palestin yg menjadi kekejaman Israel semakin meningkat lebih daripada 1000 orang. Atas sebab ini, saya setuju ape yg tertulis dlm Berita Harian yang bertarikh 12 Januari 2009 AS layak digelar samseng dunia. Saya bukan omong kosong semata-mata…Bush sendiri tidak menghirau protes antarabangsa terhadap kezaliman rejim zionis malah menggesa semua pihak menekan Hamas supaya memberhentikan serangan roket kepada Israel. Tambahan lagi, AS mengatakan pihak Yahudi tidak bersalah dengan ape yg berlaku di Gaza walaupun mereka melanggar etika peperanagn iaitu dengan menggunakan serbuk ‘phosphorous’. Soalnya, adakah kita mahu berdiam diri dan membenarkan apa yg dikatakan oleh mereka? Tentu sekali jawapannya adalah tidak kerana orang yang mereka serang itu adalh saudara kita. Sanggupkah kita melihat saudara kita diserang berterusan??? Atas sebab itu, beratus ribu rakayat di luar Negara seperti London, Scotland, Hong Kong, Perancis dan lain-lain mahu serangan zionis dihentikan dengan segera dgn melakukan perarakan tunjuk perasaan. Jadi apa peranan kita?? Seperi yang sudah katakana pade post sebelum ini…kita hendaklah mempraktikkan ape yg disarankan (hehe sy pun tgh beusaha, myb blom kuat cm kamu sume …) ok…sambung balik, ramai mengatakan mereka takut utk memboikot, kerana takut mengalami krisis ekonomi. Tapi fikirlah secara positif, anda mahu melihat saudara kita terus begitu atau menyekat kemaraan zionis. Bukan Allah pernah berfirman, semua rezeki manusia ditentukan oleh-Nya. Jadi kita tidak perlu risau kerana Allah bersama-sama kita dan kemungkinan perniagaan kita mendapatkan keuntungn yang lebih berbanding dahulu sekiranya kita dapat menyekat kemaraan zionis. Sebagai contoh, dari segi makanan iaitu coklat. Usahawan- usahawan Islam boleh mereka coklat untuk pasaran Islam. Bukan begitu? Itu pendapat saya, saya tak tau ape fikiran anda semua, jadi mari kita sama-sama memberi pandangan bagi menangani perkara ini. Oklah setakat ini sahaja, coretan kali ini, papepun lu fikirlah sendiri… Assalamualaikum
sumber dipetik dari berita harian

1 comment:

  1. huhu~~ i'm coming...betul2..rezeki Allah dah tetapkan utk setiap individu tu..tapi kita kne usaha kan?,,,hoho~~ apa pun ..blog ko ni mantop jg...rajin2 la singgah blog aku yg baru lahir tu...ahhah..c u at my blog

    ReplyDelete