Wednesday, January 7, 2009

peristiwa 10 Muharram

assalamualaikum...
sempena pada hari asyura ataupun 10 Muharram 1430 H
saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang peristiwa pada 10 Muharram
pada hari itu banyak terjadi peristiwa - peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih dan tabah demi menegakkan keadilan dan kebenaran.

pada hari itu juga berlaku:
1. Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah keluar dari bahteranya setelah bumi ditenggelam
selama 6 bulan
4.Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
6. Nabi Yusuf a.s dibebaskan daripada penjara
7. Nabi Ayub a.s disembuhkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritai
8. Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam
9. kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh Allah
10. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan besar.
11. hari pertama Allah menciptakan alam
12. hari pertama Allah menurunkan hujan
13. Allah menjadikan arasy
14. Allah menjadikan malaikat Jibrail
15. Allah menjadikan 'Luh Mahfudz'
dan pelbagai lagi peristiwa penting yang lain

sempena hari Asyura ini juga kita disunatkan berpuasa
jadi, marilah kita sama- sama berpuasa bagi melipatganda amalan kita. insya Allah
sekian, wassalam

1 comment:

  1. yeah syila!!
    erm..kalo syila xtw nk tulis ape,yg syila wt skang ni pon ok ape..
    jnji bermanfaat utk diri sndiri n org len..ha2~
    ni kn blog syila,wt je pape syila nk wt..

    ReplyDelete