Friday, September 11, 2009

facebook membahayakan

salam hormat salam muhibah pada semua..
sebelum itu saya ingin meminta maaf sebab dah lama tak online
sebenarnya saya tak tau ape yg berlaku betulkah facebook ni milik yahudi...
cuba baca artikel ni ye
http://ohtidak.com/oh-melayu-yahudi-bermain-facebook/
renung2kn dan selamat beramal

Saturday, March 21, 2009

air suam kurangkan risiko penyakit jantung...

assalamualaikum.......

pekaba sume...diharap sihat selalu....

ade suatu hari tu.. aku ade baca majalah...tapi x pastilah majalah pe...midi kot...

aku tgh boring time tu so...ak pun tgklah majalah2 lama

ak terbaca satu tajuk yg agak best...air suam boleh kurangkan risiko penyakit jantung.... korang percaya x?

tapi, aku fikir ramai di kalangan kita2 ni lebih suka minuman berais, bergas atau minuman sejuk la...kalau yg suka minum air suam...boleh dikira dlm beberapa jari je... tapi... air suam ni bagus utk kesihatan...

menurut seorang pakar kesihatan..air sejuk akan melikatkan lagi minyak yg terkandung dalam hidangan sekaligus akan melambatkan proses pencernaan. gumpalan minyak ini juga akan bertindakbalas bersama kandungan asid yg terdapat di dalam perut. lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi lemak dan berkumpul di saluran darah, arteri dann jantung. sebab tu lah ramai kena penyakit sakit jantung, perut buncit, obesiti dan lain-lain.

so, kita semua termasuklah aku janganlah kita lupa minum air suam @ panas, selepas menjamu selera kerana ia terbukti air suam ni membantu mempercepatkan proses pengeluaran minyak yang tak baik untuk jantung dari hidangan...

majulah kesihatan untuk semua...


salam ukhwah dariku untukmu,
assalamualaikum

Friday, March 13, 2009

keajaiban solat...............................

assalamualaikum....
dah lama x jumpa korang dlm blog ni...
rindunya............
aku sebenarnya dah balik rumah semasa maulidur rasul hari tu...
maklumlah nak ambil keputusan stpm...
berapa???
alhamdulillah berbaloilah dgn usaha aku yg x seberapa tu.... cgpa 2.75
msti korang fikir aku main2 jer kan huhu....
sebenarnya sebelum periksa... ak accident...
bersimenlah tangan aku dr pertengahan bulan puasa sampailah dah abih periksa pun still bersimen...
alhamdulillah aku bersyukur dgn keputusan tersebut...
huhu..cukuplah cerita sampai sini je...
sbbnya ak tgk cam dah lari dr tajuk asal...

sebenarnya...
solat yg kita buat 5 waktu sehari semalam seperti subuh, zohor, asar, maghrib, isyak...
banyak keajaiban yang tersirat...
salah satu keajaibannya.... solat boleh menguatkan tulang....percaya x???
iklan selalu promote minumlah susu anlene... tulang wanita di malaysia cepat rapuh... dll..korang ingat x iklan tu...

sebenarnya memang betul tulang yg ada dlm tubuh manusia melalui beberapa fasa, bermula fasa konstruktif sehingga ke fasa penghancuran. mesti korang tertanya ape fasa konstruktif ngn fasa kenancuran...maksudnya tulang korang dr korang kecil sampailah dewasa, mula2 kuat n padat pastu makin lama makin kurang berikutan pertambahan usia..

secara amnya, kekuatan tulang kembali kpd kekuatan tekanan & daya tarikan yg timbul drpd gerakan otot ketika ia digerakkan & otot2 tersebut bersatu dgn tulang. oleh itu, bagi memastikan tulang sentiasa kuat, ia memerlukan pergerakan setiap hari...

secara ringkasnya, solat fardhu 17 rakaat dalam masa satu hari ditambah pula dgn solat2 sunat yg lain membuatkan kita sentiasa gerakkan tubuh at least 2 hours daily. tmbh2 lg korang wat secara konsisten,lagi mantap tulang kita...

so, majulah solat untuk diri kita...

salam ukhwah dariku untukmu...
bye assalamualaikum

Monday, February 23, 2009

gudbye my home...

hari ni hari terakhir ak duk umah....
sbb ak terpaksa g jauh...
mgkin bbrp bulan kemudian baru balik...
ak rasa sdey tuk tinggalkan umah ini...
keriangan dan kesedihan bersama keluargaku
akan kusemat dalam lubuk ingatanku
dlm lubuk hatiku...
kepada abah
kepada mama
restuilah pemergianku
ak mohon maaf pada semua
andai ada kesilapanku semasa berada di sini..
selamat tinggal semua...:"(

salam ukhwah dariku untukmu,
bye assalamualaikum

Friday, February 20, 2009

addicted to taiwanese movie

assalamualaikum semua....
sebenarnya sejak akhir-akhir ini...
ak tak tau ak dah ula minat cerita taiwan.... dan juga korea..
sekarang ni ak cari cerita taiwan...gmbr watak2 cerita taiwan n ost lagu cerita taiwan...
antara artis taiwan yg aku suka...

citer miss no good


mike he


rainie yang


joe cheng



jimmy lin



ariel lin







dean fujioka




wilber pan

pitcures' source from internet
kepada kawan-kawan yg minat cerita taiwan n tau citer2 taiwan yg best... gtau r aku...:)

keinsafan sekeping hati

sedang aku hanyut dalam kealpaan dunia
aku tersedar siapa aku sebenarnya
aku cuma lahir
dari setitis air yang hina
lalu diangkat oleh-Nya
menjadi lebih mulia daripada bahimiyah
tapi, mengapa???
sebelum ini aku tidak bersyukur
mudah terpengaruh..
terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan
yang sering cuba melalaikan aku
daripada mengingati-Nya
moga dengan kesedaran ini
aku tidak leka lagi pada duniawi
dan terus memburu ukhrawi
insya Allah
nukilan,
-syahmi-
moga ngn sajak ini... dpt mnyedarkan siapa diri kita n apa tujuannya kita berada di sini..
ingatlah dunia adalah penjara bg org mukmin..assalamualaikum

Thursday, February 19, 2009

LOVE IS CINTA....


assalamualaikum semua...semalam tgk cerita rona-roni makaroni...gempak tol cerita tu...ak pun btol2 r ingat rona ngn roni tu adik beradik...akhirnya mereka bersama.... sonoknya:)

tpi benarkah ada cinta sejati...
wht do u think????
bg ak skrg ni...kbykn adalah cinta plastik cinta materialistik...

terima r sajak dr ak....


Pernah daku bertanya
Siapakah idola tika bercinta
Ramai yang mengatakan
Romeo dan Juliet
Uda dan Dara
Qaisy dan Laila
Tetapi..
Telingaku ini tidak pernah mendengar
Ada yang mengatakan
Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha
Saidatina Fatimah Dan Saidina Ali
Mengapa??
Adakah cinta Romeo dan Juliet itu
Lebih mantap, lebih unggul
Berbanding Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Sehingga mereka itu hanyut
Dalam lautan cinta yang tidak bertepi
Bagiku, cinta Romeo dan Juliet itu
Hanyalah semu semata-mata
Bayangkan...
Seandainya mereka tahu
Bahawa kisah-kisah cinta
Yang mereka banggakan itu
Penuh khayalan dan fantasi
Adakah mereka sanggup mengagungkan cinta
Bagaikan Tuhan di hati???
Ingatlah betapa hebatnya penangan sebuah cinta
Yang sihat boleh jadi sakit
Yang normal boleh jadi gila
Semuanya kerna cinta
Tetapi...Awas!!!
Jangan sesekali mempermainkan cinta
Jangan sesekali memperkosa kesucian cinta
Kerana ia akan datang menuntut balas
Dengan cara yang paling kejam
Cinta itu tidak perlu diucap
Dengan kata-kata
I Love You
Aku Cinta Padamu
Ka Hona Pyar He
Wo Ai Ni
Sarang Heyo
Aii Shi Teru
Kerna apa yang dilafazkan itu
Tidak semestinya datang dari kalbu
ungkin ia cuma sekadar pemanis di bibir
Cinta itu tidak perlu bersentuhan tangan
Kerna orang yang mencintai kerana-Nya
Sudah pun bersentuhan hati
Cinta juga tidak perlu berbalas kerlingan mata
Kerna mereka sudahpun berbalas doa
Wahai remaja siber
Hati-hati dalam memilih cinta
Moga cinta diimpi
Bakal kekal abadi
Bukan sementara di hati...
Nukilan,
-syahmi-
moga dgn karya ini, ak harap sume dpt cinta sejati...chaiyok3x
luv u all...