Friday, January 16, 2009

save gaza

ﺃﺳﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah…

Hai…penat betul hari ini ye… baru lepas balik dri klinik (ade wat medial check-up). Masuk semalam, rakyat Palestin yg menjadi kekejaman Israel semakin meningkat lebih daripada 1000 orang. Atas sebab ini, saya setuju ape yg tertulis dlm Berita Harian yang bertarikh 12 Januari 2009 AS layak digelar samseng dunia. Saya bukan omong kosong semata-mata…Bush sendiri tidak menghirau protes antarabangsa terhadap kezaliman rejim zionis malah menggesa semua pihak menekan Hamas supaya memberhentikan serangan roket kepada Israel. Tambahan lagi, AS mengatakan pihak Yahudi tidak bersalah dengan ape yg berlaku di Gaza walaupun mereka melanggar etika peperanagn iaitu dengan menggunakan serbuk ‘phosphorous’. Soalnya, adakah kita mahu berdiam diri dan membenarkan apa yg dikatakan oleh mereka? Tentu sekali jawapannya adalah tidak kerana orang yang mereka serang itu adalh saudara kita. Sanggupkah kita melihat saudara kita diserang berterusan??? Atas sebab itu, beratus ribu rakayat di luar Negara seperti London, Scotland, Hong Kong, Perancis dan lain-lain mahu serangan zionis dihentikan dengan segera dgn melakukan perarakan tunjuk perasaan. Jadi apa peranan kita?? Seperi yang sudah katakana pade post sebelum ini…kita hendaklah mempraktikkan ape yg disarankan (hehe sy pun tgh beusaha, myb blom kuat cm kamu sume …) ok…sambung balik, ramai mengatakan mereka takut utk memboikot, kerana takut mengalami krisis ekonomi. Tapi fikirlah secara positif, anda mahu melihat saudara kita terus begitu atau menyekat kemaraan zionis. Bukan Allah pernah berfirman, semua rezeki manusia ditentukan oleh-Nya. Jadi kita tidak perlu risau kerana Allah bersama-sama kita dan kemungkinan perniagaan kita mendapatkan keuntungn yang lebih berbanding dahulu sekiranya kita dapat menyekat kemaraan zionis. Sebagai contoh, dari segi makanan iaitu coklat. Usahawan- usahawan Islam boleh mereka coklat untuk pasaran Islam. Bukan begitu? Itu pendapat saya, saya tak tau ape fikiran anda semua, jadi mari kita sama-sama memberi pandangan bagi menangani perkara ini. Oklah setakat ini sahaja, coretan kali ini, papepun lu fikirlah sendiri… Assalamualaikum
sumber dipetik dari berita harian

Sunday, January 11, 2009

Selamatkan Palestin...

assalamualaikum
dgn nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

sekarang ini kekejaman Israel semakin menjadi-jadi di Palestin...
ramai warga Palestin yang telah terkorban....tapi apa perkara yang boleh disumbangkan kepada mereka....????

pelbagai saranan telah dibuat untuk membolehkan kita mempraktikkannya...

1. Derma...
sekarang nie ade inisiatif dr pihak tertentu utk m'bantu pihak Palestin spt NSTP FUND FOR
GAZA... kita juga sepatutnya juga begitu dermalah seikhlas hati untuk agama dan saudara
kita di sana

2. Boikot...
kalau kita x boleh nak tolong orang Palestin disebabkan kedudukan kita yang jauh... ape kate
kita cuba menyekat kemaraan zionis dengan menyekat ekonomi mereka... jadi kita cuba
boikot barang- barang mereka... (actually saye pun tgh cuba nih... selamat tinggal bedak
baby johnsonku...)..ini senarai brg yg perlu diboikot...berusahalah kita bersama-sama...
chaiyo 3x

3. Doa
ingat doa adalah senjata orang mukmin ( cam lirik lagu la plak). ingatlah Allah pernah
menyatakan bahawa Islam akan menang...so, marilah kita sama- sama berdoa utk
kemenangan Islam.. takbir Allahu Akbar..

akhir kalam, kalau ade lagi tambahan untuk saranan yg kita boleh sama- sama praktikkan...
sila jangan malu, jangan segan..comment r this post..

wassalam..

Saturday, January 10, 2009

NowSeeHeart
Damai Yang Hilang
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


hayatilah lirik lagu ini dengan sebaiknya...moga setiap perjuangan yang dijuangkan mendapat kebaikannya. berdoalah agar saudara Islam kita di sana berjuang demi bangsa dan agama hingga ke titisan darah terakhir...
utk mklumt lebih lanjut..sila laman web palestin kini

Wednesday, January 7, 2009

peristiwa 10 Muharram

assalamualaikum...
sempena pada hari asyura ataupun 10 Muharram 1430 H
saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang peristiwa pada 10 Muharram
pada hari itu banyak terjadi peristiwa - peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih dan tabah demi menegakkan keadilan dan kebenaran.

pada hari itu juga berlaku:
1. Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah keluar dari bahteranya setelah bumi ditenggelam
selama 6 bulan
4.Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
6. Nabi Yusuf a.s dibebaskan daripada penjara
7. Nabi Ayub a.s disembuhkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritai
8. Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam
9. kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh Allah
10. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan besar.
11. hari pertama Allah menciptakan alam
12. hari pertama Allah menurunkan hujan
13. Allah menjadikan arasy
14. Allah menjadikan malaikat Jibrail
15. Allah menjadikan 'Luh Mahfudz'
dan pelbagai lagi peristiwa penting yang lain

sempena hari Asyura ini juga kita disunatkan berpuasa
jadi, marilah kita sama- sama berpuasa bagi melipatganda amalan kita. insya Allah
sekian, wassalam

Tuesday, January 6, 2009

seseorang wanita akan menarik 4 golongan bersamannya ke dalam neraka....

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Sunday, January 4, 2009

pelajaran baru

2dy ak belajar pelabagai benda. pasal blog. rasa best lak....ak belajar kat perpustakaaan internet desa rasa...hehe promote sket tempat ak belajar....

musim persekolahan sudah bermula

hari ini sudah bermulanya persekolahan bagi kanak-kanak yang bersekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah...moga mereka ada harapan baru....untuk tahun 2009...

welcome 2009


welcome to my blog

kepada semua pembaca blog aku, aku ada rahsia terbesar nak gtau kat korang...rahsia yg x ley disimpan lg...dh bernanah....sbnrnya ini r first blog aku.....huhu