Thursday, February 19, 2009

LOVE IS CINTA....


assalamualaikum semua...semalam tgk cerita rona-roni makaroni...gempak tol cerita tu...ak pun btol2 r ingat rona ngn roni tu adik beradik...akhirnya mereka bersama.... sonoknya:)

tpi benarkah ada cinta sejati...
wht do u think????
bg ak skrg ni...kbykn adalah cinta plastik cinta materialistik...

terima r sajak dr ak....


Pernah daku bertanya
Siapakah idola tika bercinta
Ramai yang mengatakan
Romeo dan Juliet
Uda dan Dara
Qaisy dan Laila
Tetapi..
Telingaku ini tidak pernah mendengar
Ada yang mengatakan
Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha
Saidatina Fatimah Dan Saidina Ali
Mengapa??
Adakah cinta Romeo dan Juliet itu
Lebih mantap, lebih unggul
Berbanding Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Sehingga mereka itu hanyut
Dalam lautan cinta yang tidak bertepi
Bagiku, cinta Romeo dan Juliet itu
Hanyalah semu semata-mata
Bayangkan...
Seandainya mereka tahu
Bahawa kisah-kisah cinta
Yang mereka banggakan itu
Penuh khayalan dan fantasi
Adakah mereka sanggup mengagungkan cinta
Bagaikan Tuhan di hati???
Ingatlah betapa hebatnya penangan sebuah cinta
Yang sihat boleh jadi sakit
Yang normal boleh jadi gila
Semuanya kerna cinta
Tetapi...Awas!!!
Jangan sesekali mempermainkan cinta
Jangan sesekali memperkosa kesucian cinta
Kerana ia akan datang menuntut balas
Dengan cara yang paling kejam
Cinta itu tidak perlu diucap
Dengan kata-kata
I Love You
Aku Cinta Padamu
Ka Hona Pyar He
Wo Ai Ni
Sarang Heyo
Aii Shi Teru
Kerna apa yang dilafazkan itu
Tidak semestinya datang dari kalbu
ungkin ia cuma sekadar pemanis di bibir
Cinta itu tidak perlu bersentuhan tangan
Kerna orang yang mencintai kerana-Nya
Sudah pun bersentuhan hati
Cinta juga tidak perlu berbalas kerlingan mata
Kerna mereka sudahpun berbalas doa
Wahai remaja siber
Hati-hati dalam memilih cinta
Moga cinta diimpi
Bakal kekal abadi
Bukan sementara di hati...
Nukilan,
-syahmi-
moga dgn karya ini, ak harap sume dpt cinta sejati...chaiyok3x
luv u all...

No comments:

Post a Comment