Tuesday, February 17, 2009

buat sahabat yg ku rindui...




Kini...
Aku datang kembali ke sini
Mengutip memori-memori lalu
Yang telah kita ukir bersama

Tatkala aku melabuhkan punggungku
Di atas kerusi ini
Terimbau kembali kenangan lalu
Bagaikan semalam baru berlaku

Sahabatku,
Entah bagaimana...
Aku merasakan bahawa...
Aku ingin kekal dalam kenangan itu
Kerna kenangan itu amat indah
Dan sukar tuk kugambarkan

Kerna...
Di saat itu...
Guru-guru mendidik kita
Penuh sabar dan toleransi
Aku di waktu itu...
Terharu melihat keikhlasan mereka
Dalam mendidik anak-anak bangsa

Di saat itu jua,
Aku masih teringat
Gelak tawa...
Gurau senda...
Antara kita semua
Membuatkan kurindu ke zaman itu
Bagaikan semuanya berputar kembali
Di dalam kotak minda kecilku ini

Sahabat,
Moga anyaman memori ini
Terus kukuh dan utuh
Dalam setiap sanubari kita
Sebagai satu nadi kehidupan
Moga bila ada kesempatan waktu
Kita bersua kembali
nukilan,
-syahmi-


*ditujukan kpd warga sekolah SK BATANG KALI (maaf xde gambar), SRA BATANG KALI (maaf xde gambar), SAMT KUALA KUBU BHARU (maaf xde gambar), SAM BESTARI SUBANG JAYA dan SMK KUALA KUBU BHARU khasnya buat guru-guru yang mengajar dan sahabat-sahabat ...mizz u all

No comments:

Post a Comment