Monday, February 23, 2009

gudbye my home...

hari ni hari terakhir ak duk umah....
sbb ak terpaksa g jauh...
mgkin bbrp bulan kemudian baru balik...
ak rasa sdey tuk tinggalkan umah ini...
keriangan dan kesedihan bersama keluargaku
akan kusemat dalam lubuk ingatanku
dlm lubuk hatiku...
kepada abah
kepada mama
restuilah pemergianku
ak mohon maaf pada semua
andai ada kesilapanku semasa berada di sini..
selamat tinggal semua...:"(

salam ukhwah dariku untukmu,
bye assalamualaikum

Friday, February 20, 2009

addicted to taiwanese movie

assalamualaikum semua....
sebenarnya sejak akhir-akhir ini...
ak tak tau ak dah ula minat cerita taiwan.... dan juga korea..
sekarang ni ak cari cerita taiwan...gmbr watak2 cerita taiwan n ost lagu cerita taiwan...
antara artis taiwan yg aku suka...

citer miss no good


mike he


rainie yang


joe cheng



jimmy lin



ariel lin







dean fujioka




wilber pan

pitcures' source from internet
kepada kawan-kawan yg minat cerita taiwan n tau citer2 taiwan yg best... gtau r aku...:)

keinsafan sekeping hati

sedang aku hanyut dalam kealpaan dunia
aku tersedar siapa aku sebenarnya
aku cuma lahir
dari setitis air yang hina
lalu diangkat oleh-Nya
menjadi lebih mulia daripada bahimiyah
tapi, mengapa???
sebelum ini aku tidak bersyukur
mudah terpengaruh..
terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan
yang sering cuba melalaikan aku
daripada mengingati-Nya
moga dengan kesedaran ini
aku tidak leka lagi pada duniawi
dan terus memburu ukhrawi
insya Allah
nukilan,
-syahmi-
moga ngn sajak ini... dpt mnyedarkan siapa diri kita n apa tujuannya kita berada di sini..
ingatlah dunia adalah penjara bg org mukmin..assalamualaikum

Thursday, February 19, 2009

LOVE IS CINTA....


assalamualaikum semua...semalam tgk cerita rona-roni makaroni...gempak tol cerita tu...ak pun btol2 r ingat rona ngn roni tu adik beradik...akhirnya mereka bersama.... sonoknya:)

tpi benarkah ada cinta sejati...
wht do u think????
bg ak skrg ni...kbykn adalah cinta plastik cinta materialistik...

terima r sajak dr ak....


Pernah daku bertanya
Siapakah idola tika bercinta
Ramai yang mengatakan
Romeo dan Juliet
Uda dan Dara
Qaisy dan Laila
Tetapi..
Telingaku ini tidak pernah mendengar
Ada yang mengatakan
Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha
Saidatina Fatimah Dan Saidina Ali
Mengapa??
Adakah cinta Romeo dan Juliet itu
Lebih mantap, lebih unggul
Berbanding Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
Sehingga mereka itu hanyut
Dalam lautan cinta yang tidak bertepi
Bagiku, cinta Romeo dan Juliet itu
Hanyalah semu semata-mata
Bayangkan...
Seandainya mereka tahu
Bahawa kisah-kisah cinta
Yang mereka banggakan itu
Penuh khayalan dan fantasi
Adakah mereka sanggup mengagungkan cinta
Bagaikan Tuhan di hati???
Ingatlah betapa hebatnya penangan sebuah cinta
Yang sihat boleh jadi sakit
Yang normal boleh jadi gila
Semuanya kerna cinta
Tetapi...Awas!!!
Jangan sesekali mempermainkan cinta
Jangan sesekali memperkosa kesucian cinta
Kerana ia akan datang menuntut balas
Dengan cara yang paling kejam
Cinta itu tidak perlu diucap
Dengan kata-kata
I Love You
Aku Cinta Padamu
Ka Hona Pyar He
Wo Ai Ni
Sarang Heyo
Aii Shi Teru
Kerna apa yang dilafazkan itu
Tidak semestinya datang dari kalbu
ungkin ia cuma sekadar pemanis di bibir
Cinta itu tidak perlu bersentuhan tangan
Kerna orang yang mencintai kerana-Nya
Sudah pun bersentuhan hati
Cinta juga tidak perlu berbalas kerlingan mata
Kerna mereka sudahpun berbalas doa
Wahai remaja siber
Hati-hati dalam memilih cinta
Moga cinta diimpi
Bakal kekal abadi
Bukan sementara di hati...
Nukilan,
-syahmi-
moga dgn karya ini, ak harap sume dpt cinta sejati...chaiyok3x
luv u all...

Tuesday, February 17, 2009

buat sahabat yg ku rindui...




Kini...
Aku datang kembali ke sini
Mengutip memori-memori lalu
Yang telah kita ukir bersama

Tatkala aku melabuhkan punggungku
Di atas kerusi ini
Terimbau kembali kenangan lalu
Bagaikan semalam baru berlaku

Sahabatku,
Entah bagaimana...
Aku merasakan bahawa...
Aku ingin kekal dalam kenangan itu
Kerna kenangan itu amat indah
Dan sukar tuk kugambarkan

Kerna...
Di saat itu...
Guru-guru mendidik kita
Penuh sabar dan toleransi
Aku di waktu itu...
Terharu melihat keikhlasan mereka
Dalam mendidik anak-anak bangsa

Di saat itu jua,
Aku masih teringat
Gelak tawa...
Gurau senda...
Antara kita semua
Membuatkan kurindu ke zaman itu
Bagaikan semuanya berputar kembali
Di dalam kotak minda kecilku ini

Sahabat,
Moga anyaman memori ini
Terus kukuh dan utuh
Dalam setiap sanubari kita
Sebagai satu nadi kehidupan
Moga bila ada kesempatan waktu
Kita bersua kembali
nukilan,
-syahmi-


*ditujukan kpd warga sekolah SK BATANG KALI (maaf xde gambar), SRA BATANG KALI (maaf xde gambar), SAMT KUALA KUBU BHARU (maaf xde gambar), SAM BESTARI SUBANG JAYA dan SMK KUALA KUBU BHARU khasnya buat guru-guru yang mengajar dan sahabat-sahabat ...mizz u all

Tuesday, February 3, 2009

selamat datang

assalamualaikum....sume..
pekaba anda anda hari ni...
cm penceramah nk bg ceramah lak huhu...:)
sbnrnya walaupun terlambat saya nak ucapkan ahlan wa sahlan (kalo salah betulkan) kepada bulan februari dan bulan safar...
tapi sebelum tu korang tau tak cmne bulan februari leh dpt namanya dan ape kisah sebalik bulan safar....
jeng10x

bulan FEBRUARI yang dikatakan bulan kekasih ( ye ke??) berasal dari bahasa Latin "Februo", ertinya mensucikan atau kesucian. pada bulan ini bangsa Romawi pada masa dahulunya mengadakan upacara membersihkan (mensucikan) jiwa... hoho.. x tau la ada lagi ke x sekarang...huhu

bulan SAFAR lak bermaksud " kosong atau kuning". Dlm bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang, berniaga, mengembara dsb.

sekarang korang dh tau... moga2 ilmu ni dijadikan pengetahuan tambahan utk kita huhu:)
assalamualaikum......